PENGENALAN
PENGENALAN
YAYASAN MADANI
(YMDI)
Boleh rujuk di halaman Senarai Pemerbadanan Berdaftar dengan BHEUU di pautan
apps.bheuu.gov.my/eyayasan/semakan/senarai_yayasan_berdaftar.php
LATAR BELAKANG PENUBUHAN YMDI
Yayasan Madani merupakan sebuah organisasi yang diperbadankan pada 23 September 2021 setelah mendapatkan kelulusan dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Sejarah penubuhan Yayasan Madani bermula dengan usaha dilaksanakan oleh Institut Madani dan Akademik Imam Bukhari yang mengkhususkan dalam menjalankan aktiviti pendidikan kepada pelajar-pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.
OBJEKTIF YMDI
Membantu meningkatkan tahap kualiti pendidikan dan intelektual masyarakat berbilang bangsa, agama dan keturunan di Malaysia terutama melibatkan golongan berpendapatan rendah bagi melahirkan profesional, teknokrat dan karyawan yang berakhlak tinggi, berintegriti dan bertolak ansur dalam setiap aspek kehidupan.
Membantu meningkatkan kualiti hidup, sosio-ekonomi dan daya saing masyarakat berbilang kaum dan tidak terhad kepada keturunan, agama, fahaman politik di Malaysia yang miskin, kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.
Memperkasa pelbagai program , latihan, kajian dan penyelidikan berkaitan sains, perubatan, teknologi, sosial, keusahawanan dan pertanian melibatkan golongan masyarakat yang berpendapatan rendah supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan mereka pada masa akan datang.
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YMDI
Bridgidier Jeneral (B) Tentera Udara Malaysia.
Pernah dilantik menjawat jawatan utama diantaranya sebagai :-
Pengarah Latihan Pertahanan Markas ATM (2000-2002)
Panglima Markas Division Udara Sabah dan Sarawak (2002-2004)
Pengarah Markas Logistik TUDM (2004-2006)
Pengarah Operasi Latihan TUDM (2006 2008)
PROF MADYA DR MAJDAH BINTI ZAWAWI
Pensyarah Kanan Jabatan Undang undang Islam, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia.
Sekarang menjawat tugas sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
DATO’ PROF MADYA DR KHAIRIDZAN MOHD KAMAL
Pensyarah Kanan dan Perunding Ophthalmologist, Jabatan Ophthalmology, Faculty of Medicine, International Islamic University Malaysia.
Sekarang merupakan Ketua Jabatan Ophthalmology IIUM Centre, International Islamic University Malaysia.
Pengarah IIUM Medical Specialist Sdn Bhd, International Islamic University Malaysia.
DR SHAHRIDAN BIN MOHD FATHIL
Perunding Consultant Anaesthesiologist di Gleneagles Medini Hospital, Iskandar Puteri Johor, Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Perundingan Pergigian, Gleneagles Medini Hospital.
Ahli Jawatankuasa the College of Anaesthesiologists, Academy of Medicine Malaysia.
Sebelum ini merupakan Pensyarah Kanan, Yoong Loo Lin School of Medicine, National University of Singapore daripada Sep 2014 sehingga Dis 2018.
PENGURUSAN YMDI
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
ENCIK AHMAD AZLI BIN ABDUL AZIZ
Tahun 1995, berkelulusan LL.B (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia.
19 tahun dalam amalan undang-undang dan sebagai peguam dalaman kepada dua (2) GLC.
Mengetuai jabatan perundangan sebuah Bank Islam asing sebelum menyertai kumpulan syarikat Gagasan Carriers Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi Gagasan Carriers Sdn Bhd dan diamanahkan untuk menyelia bahagian operasi, komersial dan kewangan kumpulan.
Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Subsurf Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan minyak dan gas butik yang terlibat dalam operasi kapal luar pesisir, dasar laut dan pengangkutan, perkhidmatan pemasangan.
Kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Kelisa Mutiara Sdn Bhd sebuah syarikat pengurusan dan operasi kapal 100 Bumiputera, sebuah pembekal perkhidmatan industri minyak dan gas.
Ketua Pegawai Operasi (COO)
DR. HAJI AMIM BIN HAJI OTHMAN
Pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM )
Tahun 1995, beliau bergraduat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Sarjana Muda Ilmu Pengetahuan Islam dan Sains Kemanusiaan (Sains Politik) dan kemudian menyertai TA Securities Berhad sebagai Wakil Peniaga dan Wakil Peniaga Masa Depan dengan TA Future Sdn Bhd, sebuah syarikat ahli dengan Kuala Lumpur Option dan Financial Future Exchange (KLOFFE).
Tahun 2000, beliau mendapat ijazah sarjana dari Pusat Pengurusan, UIAM.
Tahun 2017 Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan dan Perniagaan (Kewangan Islam) daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Kini aktif dalam bidang penyelidikan berkaitan kebankrapan, kewangan sosial, keusahawanan dan kewangan pendidikan.
Bidang kepakaran ialah perancangan kewangan Islam, perancangan harta pusaka, perancangan pelaburan dan perancangan insurans.
Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pendidikan
USTAZ AHMAD HASYIMI BIN CHE PA
Graduan Universiti Islam Madinah Arab Saudi
Ketua para pendakwah lepasan Universiti Arab Saudi Malaysia
Pengerusi WASIM
Pengurus Dakwah dan Pendidikan
ENCIK AIDIL HAIQAL ANWAR BIN ABD MALEK
Graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh di Al-Madinah International University.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan pengajar bahagian agama Pertubuhan Silat Seni Gerak Sendi Naga Malaysia (PSSGSNM).
Pengurus Pentadbiran dan Penajaan
PUAN NORSALAWATI BINTI HUSSIN
SIJIL AKTA PERTUBUHAN YMDI